Friday, April 3, 2009

LELAKI IDAMAN KALBU

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa… Biarlah dia seorang yang butaButa, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya Biarlah dia seorang bisuBisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimananBisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaran Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman Pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanyaBahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAHKembali megah di muka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiatPapa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat Papa memiliki akhlak mazmumah Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Pengakuan LELAKI terhadap WANITA

Kami sulit menahan pandangan mata kamiketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal,kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kaliandan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.Kami sulit menahan pendengaran kamiketika berbicara dengan kalian,apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allahsuara yang merdu dengan irama yang mendayukerana itu tegaskanlah suara kaliantatkala berbicara di berhadapan dengan kamidan berbicaralah seperlunya sahaja.Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,ketika kalian dapat menjaditempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,waktu luang kami kadangkala akan sering terisioleh bayangan-bayangan kalian,kerana itu janganlah kalian membiarkan kamimenjadi curahan hati bagi kaliaKami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,maka jagalah amanah itujangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahuakan kelemahan hati kami ini,hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,kalian akan menjadi halal bagi kami.
LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara,lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti menemani kami siang dan malamagar iman kami dapat dijaga

CINTA vs SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Saturday, March 21, 2009

cinta sebelum kawin vs selepas kawin

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia.
Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata.
Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt...kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari -

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH.
Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

Sunday, March 15, 2009

PESAN LQMAN HAKIM

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

andainya cinta itu hendak diberi

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan. Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

3. Tegas Mempertahankan Maruah Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnyaApa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah